25 Mar 2011

Hasbi Rabbi - Saff One

umie sharekan untuk tatapan telinga semua di pagi jumaat yang indah ni....
dengarlah yea....:)

umie's latest pic....



sampai ofis arini..teringin nak bergambo plak...ntah apa dalam fikiran tetiba aje....hehehe..

24 Mar 2011

Bacaan selepas berwudhu'



Maksudnya:

"Aku mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagiNya dan aku mengaku bahawasaya Nabi Muhammad itu hambaNya dan pesuruhNya

Doa ringkas selepas solat



Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur atau rasa kesepian



Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

Doa perlindungan untuk anak-anak

Rasulullah s.a.w telah berdoa untuk perlindungan Hasan dan Husain (cucunya) dengan membaca:


Aku minta perlindungan bagi kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit).

19 Mar 2011

kenduri....

Assalamu'alaikum semua...

   harini umie pegi kenduri sepupu sebelah abah..anak lelaki dia kawen...best sangat..tau x kenapa???

   sebab umie boleh berkumpul adik-beradik sebelah abah..abah 3 beradik jer...makngah dah meninggal tinggal abah dengan kakak sulong dia jer...so....kenduri ni adalah kenduri kawen cucu kakak sulong abah...kitorang panggil mak chaq.....pengantin perempuan dia org JOHOR...

harini umie xleh nak upload gambaq lagi sebab xbwk card reader..hehehe...
umie still di umah mak abah umie..xbalik umah lagi..nantikan kemunculan gambaq-gambaq sekitar majlis yea... anyway CONGRATULATIONS to......


ATAN@ISMAIL dan isteri..(alamak terlupa nama dia...) sorry ek!!!!!

17 Mar 2011

buah untuk kesihatan perut@kenyang

assalamu'alaikum semua....


baru-baru ni umie ada p market...terjumpa dengan buah yang dah lama umie xtengok..so umiepon belilah..nama buah ni buah staq....

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V


bawah ni plak..buah tembikai susu@honey dew..

 
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



weekend at grannys....

assalamua'alaikum semua...Alhamdulillah harini umie dah boleh update blog....last weekend umie's family, mak, adik, maknjang umie n sepupu umie farah nabilah berkumpul di rumah tok..kitorang semua tido sana menghabiskan masa melayan kerenah tok dan tokwan umie..apa yang diorang rasa nak makan semuanya umie masak....
   sebenarnya umie rasa teramat bersalah dengan kedua-dua orang tok dan tokwan sebab bila dah berkeluarga ni jarang sangat umie dapat habiskan masa dengan diorang..mujurlah ada mak sedara yang umie panggil "Mak E" duduk dengan tok dan tokwan...dan selepas dia kawen alhamdulillah en hubby dia sanggup tinggal di rumah tok tokwan bersama-sama menjaga tok tokwan...bila umie dapat habiskan masa dengan tok tokwan umie rasa puas sangat..nak-nak pulak ramai-ramai...riuh-rendah dengan keletah dan akal anak-anak umie..siapa lagi kalau bukan daniah wafa dan dazril wafi...si dazril wafi tu pandai agah toknek dia sampai terbahak-bahak tokwan umie gelakkan dia...sedih bila Mak E keluarkan statement sebegini...
                
      "mak e xpernah tengok tokwan gelak macamni lepas tok sakit"......

sedihnya...

umie upload sedikit sebanyak gambar-gambar weekend yang lepas........


























15 Mar 2011

weekend xtivities...

assalamu'alaikum semua..dah lama umie x update blog..actually dah nak balik ni...esok kita sambung yea...
wassalam..

4 Mar 2011

harini umie xtau nak tulis apa...dok syok kumpulkan resepi plak lani...ntah buat ntah tidak....saja syok2...semaklah resepi yg umie kongsikan di sini yea..sebenarnya umie kongsi resepi ni ihsan dari Mesra.Net...
macam2 resepi punya dok ada...semua resepi tu tgk cam senang jer...takut2 nanti buat xmenjadi elok cam dlm resepi..huhuhu

apam koko

Apam Koko

Bahan-Bahan:

6 biji telur ayam
1 ½ cawan gula halus
3 cawan tepung gandum
1 canca teh esen vanila
1 sudu makan soda bicabonat
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak

Cara: cara-caranya

(1) pukul telur dengan gula sampai kembang
(2)masuk susu,minyak masak,air panas & esen vanila
(3)masuk tepung,serbuk koko,soda bicabonat pukul sampai sebati

Tambahan:
p/s ayak tepung,serbuk koko & soda bicabonat.
sebelum adunan di kukus acuan hendak lah
di sapu dengan sedikit minyak

apam gula hangus


Apam Gula Hangus

Bahan-Bahan:

3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca brsar susu tepung ( dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca kecil soda bikarbonat

Cara:

Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi satu gelas air gula hangus. Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu. Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

agar-agar durian


Agar-Agar Durian

Bahan-Bahan:

1 Biji Durian (Isi Shaja)
1 Packet Agar-Agar Tali
1 Cawan Gula
750Ml Air
2 Sudu Teh Tepung Kastard
½ Cawan Susu Cair

Cara:

Masak agar-agar bersama air sehingga cair, masukkan gula ,Kacau sehingga larut dan mendidih.

1/2 cawan susu di kacau bersama tepung kastard dan, apabila sudah sebati masukkan kedalam agar-agar yang sedang mendidih tadi kacau rata, kemudian masukkan isi durian.

Sejuk dan bekukan untuk hidangan.

Cadangan Hidangan: Sebagai pencuci mulut dan hidangan minum petang.
Tambahan: Bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera tersendiri.

Ayam Berempah


Ayam Berempah

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
Air limau 1 biji limau nipis
Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:

Satukan bahan-bahan giling & garam. Lumur rata-rata ke atas ayam & ketepikan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan ayam hingga garing & rata kuningnya.Kecilkan api. Masukkan pati santan & didihkan perlahan-lahan
dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis & sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.

Ayam Masam Pedas


Ayam Masam Pedas
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit lengkuas
sedikit halia
2 tangkai cili kering
2 keping asam gelugur
garam
serbuk perasa
sedikit budu
Cara:  

ayam dipotong 12 dan dibersihkan.
bawang putih, bawang merah, lengkuas, halia dan cili kering dihiris/mayang.
Masukkan ke dalam satu mangkuk, tambahkan garam, serbuk perasa dan sedikit budu. Ramaskan bahan-bahan ini sehingga separuh lumat. Kemudian masukkan ke dalam periuk berisi ayam, tambahkan air dan asam keping. Rebus sehingga ayam empuk dan naik bau.

Bihun Goreng Tom Yam


Bihun Goreng Tom Yam
Bahan-Bahan:
7 ulas Bawang Merah
5 ulas Bawang Putih
5 biji Cili Padi
1 btg Serai
3 helai Daun Limau
(mesin kesemua sampai hancur)
Sedikit gula
Sedikit garam
Ayam @ Daging
Udang @ Sotong
1 pek Perasa Tom Yam
1 bungkus Bihun
Sayur Kobis atau Sawi

Cara:  

Tumiskan minyak sampai panas, masukkan bahan yang telah dikisar dan pes Tom Yam.Tumiskan sampai garing serta naik bau. Masukkan ayam @ daging. Masukkan sayur dan bihun, gaul sampai rata.Akhir sekali masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Selamat Mencuba....

Nasi Goreng Cina

Nasi Goreng Cina

Bahan-Bahan:
2 pinggan nasi putih
1 cawan udang basah (buang kulitnya)
1 cawan isi ayam (direbus dan disiat)
1 cawan kacang peas
4 biji telur (dipukul) 5 biji cili merah ] ditumbuk
5 ulas bawang merah ]
1 pokok daun bawang (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara: 

Panaskan minyak dan tumiskan cili, Kemudian masukkan udang serta daging ayam dan kacang peas. Biarkan selama lima minit, kemudain masukkkan telur sambil dikacau-kacau. Masukkan nasi serta sedikit garam gaulkan rata-rata dan taburkan daun bawang. Bila telah masak angkat dan bolehlah dihidangkan. Semasa menghidang, taburkan daun bawang.

3 Mar 2011

agar-agar cendol

Bahan-Bahan:

1 peket agar-agar
1 cawan air
4 cawan cendul
1 cawan gula pasir
¾ gula merah
4 biji telur
1 biji santan kelapa (ambil 3 cawan santan)

Cara:
Agar-agar direbus bersama 1 cawan air campurkan sekali gula pasir. Cairkan gula merah bersama sedikit air. Kemudian campurkan ke dalam santan. Telur dipukul kemudian campurkan ke dalam santan, kacau rata. Akhir sekali masukkan santan ke dalam rebusan agar-agar. Setelah agar mendidih tuangkan ke dalam acuan. Biarkan sehingga beku.

agar-agar batik

Bahan-Bahan:
1 paket agar agar
1200ml air
1 cawan susu pekat manis
RM1 gula merah masak bersama 2 cawan air campurkan gula putih secukup rasa
daun pandan

Cara:
Rebus agar agar hingga hancur bersama daun pandan. asingkan suku bahagian kedlm periuk lain dan campurkan susu.biar mendidih sambil dikacau.tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi.biar beku. lebihan agar agar dicampurkan dengan air gula merah. hiris memanjang agar agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis
tuang agar agar gula merah perlahan lahan kedalam susunan agar agar susu.
biarkan beku sebelum dihidangkan


agar-agar buah laici


Bahan-Bahan:
1 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis)
1 ½ cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air


Cara:
Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi.
 
Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

Pizza Maggi

Bahan-Bahan:

1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)

Cara:  

Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.

Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.

Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.

Cadangan Hidangan: 

Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.



sup ikan


Bahan-Bahan:
bwg kecil - 2 biji
bwg putih - 2 ulas
halia - ½ inci
semuanya ditumbuk
ikan segar
daun bawang - kalau suka
daun sup - ikut suka
minyak masak - 1 sudu
air - 1 cawan
garam - secukup rasa

Cara: tumis bahan tumbuk. setelah garing masukkan air. biarkan mendidih. setelah itu masukkan ikan. biar masak. dan masukkan sedikit dau sup dan daun bwg. masukkan garam.
Cadangan Hidangan: sup ni boleh gunakan berbagai jenis ikan iaitu ikan merah, ikan kerisi, ikan tenggiri, ikan jenak dll.
Tambahan: berkhasiat dan menyelerakan untuk mereka2 yang sedang demam.

lunch time utk harini.....

harini umie n kawan-kawan pegi lunch di Puncak Mutiara Cafe, Kampung Pelet Bukit Mertajam. ini 2nd time umie n kengkawan pegi lunch kat sana..sebelum berangkat kami call  reserved tempat n order makanan . Then kul 1.00 kami shoot ke sana..dlm 1/2 jam sampai..diorang dtg serve makanan..time tu baru kitorang order minuman..










 

bekpes harini...

cam biasa..harini umie bekpes makan meehoon goreng n air guarana cafe.....xtau pasaipa umie suka sangat minum guarana cafe....tgh dok mengunyah lagi nih sambil mengupdate blog....harini umie malas nak upload gambaq..sorry ek...ntah pasaipa moodpun xberapa nak ada......nak kumpul mood utk mula wat keja satg..ok chaw chin chow...

mood hari khamis

assalamu'alaikum semua....

harini umie pepagi lagi dah mula membebel...nak tau kat sapa??
of cozlah dekat si daniah wafa tu..tempias kena kat ayahnyer samalahkan.....kejut bangun awal kul 7.00 pg tetap xmo bangun..yg si adik tu kul 6pg kita xpyh kejutpun dia dah bangun sendiri....adoiyai ............ si ayahpon kita mtk kejutkan anak, dia bleh p landing sekali ngan anak dara tu...last-last umie sound kakak ...."umie nih selalu p keja lambat hari daniah sekolah..xpayah p sekolah dahlah lepas nih...umiepon xpyh lambat p keja dah...terus si ayah kata..."haaa daniah hari ni xpyh p sekolahla...(nak protes ngan umie jgk si ayah tu...) terus umie start keta antaq dazril ke umah pengasuh dia n p keja....esok umie nak kejutkan diorang kul 6 pagi.

1 Mar 2011

daniah jatuh kat school...

harini umie p lunch xbwk handphone....pastu tetiba kawan umie dpt call dari umienyer mr hubby....katanya daniah jatuh kat sklh dia....ya Allah hati ni TUHAN saja yang tahu....susah hatinya..dlm air condpon umie berpeluh-peluh xtau nak habaq....rush balik ofis...bateri h/phone plak abis...ADOOOIIIIII... pastu umie call adik ipaq..dia gtau yg daniah kena jahit kat tepi mata kanan....sedihnya umie sebab xdpt ada dtepi anak umie time dia dok tahan sakit tu....Alhamdulillah mujoq ada pak su n kebetulan mak long dia ada sama....terhutang budinya dengan kak ipaq n adik ipaq umie..kesian ngan kak ipaq umie terpaksa masuk ofis lambat sbb tlg settlekan anak sedara dia tu....BERSALAHnya umie....YA ALLAH..aku pohon semoga iparku memahami...umie mintak tlg pak su n mak long dia mmskan gambar daniah....



 mujurlah x teruk sangat...ALHAMDULILLAH sesangat...

drama drama drama

Drama Trilogi Cinta Memang Drama Terbaik 2011!!!

drama trilogi cinta 
huhuhu...sedih drama nih....umie rasa pernah baca buku cerita nih..cuma terlupa jalan cerita dia sebab dah lama sangat bacanyer...
tup-tup rosyam noor buat cerita dia....huiisshhh best giler drama ni...TRILOGI CINTA..kesian nurgina n mak dia....meluat seha n bapak dia.....sweet n romantik sgt rosyam@razif  ngan gina@faouziah ghouse. mlm nih ada lagi...9.00 - 10.00 hani @tv3...10.00 - 11.00 trilogi cinta @tv1

SELAMAT MENONTON 

seleksi lagu-lagu kesukaan umie

tajuk : TIADA LAGI by AMY SEARCH

tajuk : IM ALIVE by CELINE DION
 
tajuk : ITS ALL COMING BACK TO ME NOW by kak silin jgk..
 
 
di atas nih adalah sebahagian dari lagu-lagu peberet umie yea....best sgt bila dengaq lagu-lagu nih....jangan risau xdak kena-mengena ngan sapa-sapa..samada hidup ataupun dah meninggal..hehehe.....
 
OOPPSSSSS LUPA..... ada 1 lagi...tapi ini muzik aje...
 
tajuk : MATSURI by KITARO

makan-makan

harini umie dapat udang galah dalam 10-11 ekoq.....umie terlupa yang umie ada pesan udang galah dari kawan umie...harga dia murah jer..RM20-00. ALHAMDULILLAH...rezeki..ni dia udang galah yang umie dapat.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



fresh from sungai.....

balik keje ptg nih umie nak masak gulai kari......plus dgn ubiker....kacang buncisker....kacang panjang xmau..takut agin satu badan..hehehe.InsyaAllah...xberani nak janji gak sbb selalunyer hari bekerja mr hubby selalu beli kat kedai jer dinner kitorang.....xmau susahkan umie katanya...ALHAMDULILLAH sang suami amat memahami diri...

ting tong....

adoyai..awat umie punya date kat blog terlewat 1 hari nih???? nak wat camna nih???? sesapa tau x camna nak fix my problem nih.....tolonglah....update hari selasa..tp tertera dalam blog hari isnin..haiisssshhhhhh.camna nak buat nih??? TOLONGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!

tuesday breakfast....

assalamu'alaikum semua....pagi nih umie breakfast meehoon goreng (as usual) cuma tambah dengan sosej dan seketul ayam goreng...minum air GUARANA CAFE.....sedappppppp!!!! 



Alhamdulillah kenyang.....firstly umie update umie punya blog...lepas ni umie nak mula kerja..semangat kerja dah dok mai dah.....